Sebagai pencinta dekorasi kediaman dalaman, selain daripada aplikasi Pinterest, kita juga memerlukan motivasi dan garis panduan supaya kita dapat membuat pilihan dan susun atur kediaman kita dengan lebih baik. Betul, tiada formula tetap dalam dekorasi. Tetapi, setiap persoalan apa, kenapa, bagaimana, di mana, ada sebab-sebabnya. Pastinya seotiap pereka dalaman kediaman telah mempelajari banyak ilmu sepanjang proses belajar dan mengaplikasikan pengetahuan mereka pada pengubahsuaian rumah pelanggan mereka.
Di sini, saya ingin cadangkan 4 tajuk buku tentang dekor kediaman yang mesti dimiliki, supaya kita boleh berfikir, mendekorasi dan menyusun atur kediaman kita seperti seorang pereka dalaman yang professional.
1. Dekor Dekor Cinta
Penulis : Khairunnisa Hamzah
Buku ini merupakan buku motivasi pertama yang berkaitan tentang dekorasi kediaman. Selepas membaca buku ini, baru kita sedar bahawa banyak peluang dan pahala yang telah kita sia-siakan selama kita membuat dekorasi kediaman kita. Rupanya, dengan menghiasi kediaman kita, secara tidak langsung dapat menghiasi peribadi ahli di dalamnya. Dengan dekorasi dan susun atur yang betol, kita tidak perlu lagi mengarah anak-anak, malah suami juga. Bestkan?
2. Urus Rumah With Hani
Penulis : Dr. Hani Mynis
Buku ini adalah panduan lengkap tanpa stress, langkah demi langkah, dan jimat. Sepenuhnya infografik dan berwarna. Dr Hani menulis buku ini bagi membantu suri rumah, ibu-ibu dan suami isteri yang suka mengekalkan rumah dalam keadaan kemas, bersih, dan selesa. Jika tidak kena caranya, boleh jadi, hal-hal mengurus pemakanan, pembersihan rumah dan merancang kewangan, menjadi beban yang berat dan memenatkan untuk diurus. Semua ini boleh dielakkan jika kita temui satu teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Malah ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan kita
3. Susun Atur 30 Hari
Penulis : Dr. Hani Mynis
Kehidupan yang tersusun atur perlu mempunyai jadual dan rutin pengurusan masa yang sistematik. Buku ini memberi panduan bagaimana kehidupan yang teratur dalam masa 30 hari yang lengkap dengan pelbagai rutin berbeza setiap hari. Antaranya, penyediaan to-do-list, Blok masa anda, Praktis self-care, medical check up, sedia awal masakan, dan lain-lain lagi yang anda boleh baca setelah memilikinya
4. Minimalis
Penulis : Faridah Ghazali
Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat, dan semestinya lebih jimat. Bebaskan diri dari terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Penulis mengharapkan semoga buku ini akan menyelamatkan sebanyak mungkin pembaca yang terperangkap dengan kehidupan penuh kehendak. Bebaskan dirimu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Nikmatilah kehidupan dan diri yang lebih murni dan minimalis
Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia
Semoga pilihan kita untuk membaca buku-buku ini, dapat memberikan kita satu kehidupan lain yang lebih baik dan membahagiakan kita sekeluarga. Kita semua punya matlamat yang sama. Baiti Jannati. Semoga kediaman kita membawa perkahwinan dan keluarga kita ke arah sakinah, mawaddah, warahmah. Semoga diberikan kemudahan rezeki, dan diberikan keturunan yang soleh dan solehah
Aminn