Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Hi. Saya Abylla Amjah yang dikenali sebagai Acik Pokok.

Saya juga seperti anda. Saya ada cita-cita dan Impian. Dan seperti Impian yang lain, saya bermula dari 0, kosong. Perniagaan ini pada awalnya (2017), dikenali sebagai Abylla Home Decor. Tetapi apabila ramai yang memanggil saya dengan gelaran "Acik Pokok", saya kira, mengapa tidak untuk jadikan gelaran tersebut sebagai satu Jenama yang mudah ingat dan mudah sebut.

Oh yaa. Kalau anda ingin tahu, perniagaan ini bermula dari rumah. Simpan stock di rumah. Bungkus tempahan di rumah. Dan buat penghantaran dari rumah. Pada tahun 2019, Alhamdulillah kami berpeluang untuk merasa berniaga di Premis. Due to Covid cases, 2020 kami telah tutup Premis dan mengambil keputusan untuk fokus pada platform online sahaja.

Dah 2022. Semangat!!

Maaf 2022 kami bermula agak lambat. Berbekalkan ilmu-ilmu baru dari Mentor, kami sudah bersedia untuk Bina perniagaan ini bersama dengan anda. Terima kasih kerana anda terus memberi sokongan penuh kepada kami



Yang Benar,
ABYLLA AMJAH
a.k.a, Acik Pokok anda